BUKU TERBAHARU
Siri Sukses Menulis Untuk KSSR
Buku ini turut memuatkan kaedah terkini penulisan karangan sebagai panduan kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti tahun 4,5 dan 6.
Buku ini mengandungi panduan dan bahan bantu untuk pelajar tahun 4,5 dan 6 bagi meningkatkan kemahiran penulisan karangan sekaligus dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang teknik mengarang secara lengkap.
Contoh karangan yang disediakan adalah berdasarkan sukatan pelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini menyediakan 77 contoh karangan dan setiap contoh tersebut disertakan dengan rangka karangan. Bagi setiap topik karangan pula, panduan mengarang turut disediakan bagi memudahkan pelajar memahami kemahiran penulisan yang betul dan teratur.
Buku ini adalah hasil daripada penelitian dan kajian yang mendalam dan merujuk kepada pemeriksa penulis Bahasa Melayu.
Buku ini disusun mengikut keperluan peperiksaan berdasarkan sukatan pelajaran KSSR dan mengikut kehendak peperiksaan peringkat sekolah rendah. Buku ini merupakan panduan lengkap bagi para pelajar yang ingin menguasai dan meningkatkan kemahiran menulis karangan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah.
Karangan fakta adalah sejenis karangan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Karangan jenis ini sering kali ditanya dalam peperiksaan penulisan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Oleh itu, para pelajar perlu mempelajari kaedah penulisan karangan ini dengan baik.Buku Lebih 100 Bentuk Karangan Fakta ini digunakan khusus sebagai pembelajaran dan rujukan secara intensif bagi pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 untuk mempertingkatkan kemahiran menulis karangan fakta. Ia mengandungi 100 buah contoh karangan pilihan berdasarkan KSSR. Teknik mengarang dan rangka karangan turut disediakan bagi memudahkan para pelajar memahami buku ini dengan lebih baik.
Anda perlu memiliki buku ini kerana kesemua modul soalan dan jawapan adalah menepati piawaian dan berorientasi peperiksaan sebenar serta mempunyai format terkini. Buku ini juga turut dilengkapi dengan bimbingan serta nota-nota penting yang boleh membantu pelajar untuk lebih menguasai penulisan karangan. Setiap karangan disertakan dengan rangka yang ringkas, padat dan tepat supaya mudah diolah untuk menjadi sebuah karangan yang bermutu. Buku ini mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk para pelajar dan juga para guru.
xde harge pun?
ReplyDeleteHarga boleh di semak di laman web kami,
ReplyDeletewww.sambooks.com.my :)
Laman blog ni kami gunakan sebgai medium untuk book review :)
nak order camna?
ReplyDeleteSemua langkah-langkah untuk pesanan dan pembayaran ada dalam wesite kami :) tq :)
ReplyDeletebuku ni bleh beli kat popular @ mph tak?
ReplyDeleteBuku-buku terbitan kami boleh di dapati di semua kedai buku termasuk popular dan mph :)
ReplyDeleteharga sama jugak dengan kat website? ke dapat less lagi?
ReplyDeleteharga yang sama dengan Synergy Media, tapi pembelian online di website sambook.com.my akan mendapat potongan sebanyak 10% :)
ReplyDelete