Tuesday, June 18, 2013

SIRI KULINARI INTERNASIONAL

Synergy Media
www.sambooks.com.my


RM26.90

Kuih dan kek merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mempunyai berbagai-bagai jenis kuih dan kek. Kuih dan kek terdapat dalam berbagai-bagai corak, warna dan mempunyai rasa yang berbeza-beza antara satu sama lain. Itulah yang membezakan antara sesuatu kuih dengan kuih yang lain. Walaupun kadangkala warna dan bentuknya hampir sama tetapi tetap mempunyai perbezaan rasa. Semakin bewarna-warni kuih itu, maka semakin ia menarik perhatian dan sudah menjadi lumrah hidup manusia mencari sesuatu yang indah dan sedap dimakan.

Buku 100 Resipi Kuih & Kek mengolah tentang cara-cara membuat kuih dan kek yang sangat menarik. Pelbagai resipi kuih disediakan untuk panduan pembaca, begitu juga dengan panduan membuat kek yang enak. Resipi kuih dan kek di dalam buku ini sangat berbeza dengan buku resipi yang lain. Antara resipi menarik yang terdapat dalam buku ini adalah seperti Kek Kukus Putih Telur, Kek Lapis Manis, Kek Kukus Buah Oren dan banyak lagi kuih dan kek yang pasti akan menambat hati anda. Buku ini juga menyediakan cara yang mudah untuk membuat kek melalui resipi-resipi yang telah disediakan.

Jika anda penggemar kuih dan kek, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini. Secara tidak langsung anda akan dapat mempelajari resipi-resipi baharu yang menarik dan boleh merasa kek yang cukup enak ini. Buku ini sesuai dijadikan panduan bagi mereka yang baharu mula untuk mempelajari cara untuk membuat kek.


RM26.90

Makanan merupakan sumber kepada manusia. Makanan membekalkan tenaga kepada manusia untuk melakukan kegiatan harian mereka. Tanpa makanan manusia akan menjadi lemah dan tidak dapat melakukan pekerjaan harian mereka. Tetapi anda harus ingat, makanan juga kadangkala boleh memberikan kemudaratan kepada anda. Makanan yang berkhasiat akan menjamin kesihatan tubuh badan anda.

Buku 100 Resipi Masakan ini menyediakan berbagai-bagai resipi yang sihat dan menarik untuk dikongsi bersama anda. Resipi-resipi yang disediakan adalah resipi yang berkhasiat. Antara resipi menarik yang terdapat dalam buku ini adalah seperti Bakso Tauhu Kukus,  Acar Kuning, Mi Tom Yam dan pelbagai lagi. Dengan resipi-resipi lazat yang telah disediakan, ansa sudah pasti akan merasakan suatu kelainan dalam masakan anda. Di samping itu juga, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan masakan kepada mereka yang baharu ingin belajar memasak, ini kerana setiap resipi diberikan penerangan yang mudah difahami.

Anda gemarkan masakan enak? Anda mahu mencuba sesuatu yang bahau dan menakjubkan?



RM26.90

Kesihtan tubuh merupakan perkara yang sangat penting bagi kita. Tanpa kesihata, kita tidak akan dapat melakukan kerja-kerja harian. Walau sebanyak mana wang yang kita ada, ia tidak boleh dibandingkan dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Kita sedia maklum bahawa kek selalunya mengandungi kadar gula yang tinggi di samping banyak bahan perisa seperti food additives, pewarna sintesis dan bahan pengawet. Bahan-bahan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan ia boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, strok, obesiti dan sebagainya. Manakala penggunaan food additives pula boleh mengganggu fungsi organ pencernaan khususnya hati (liver) dan gihjal. Buku resipi kek Brownies Berkhasiatmenyediakan banyak resipi-resipi kek sihat untuk penggemar-penggemar kek. Buku resipi ini sangat berbeza dengan buku resipi-resipi kek yang lain, kerana ia menyediakan dan lebih menenkankan dalam menghasilkan kek yang berkhasiat untuk santapan pembaca. Antara resipi kek yang menarik terdapat dalam buku resipi ini adalah seperti kek kukus Mentega Kacang, Keju Cappuccino dan banyak lagi. Di dalam buku ini juga disediakan tip-tip dalam memilih bahan-bahan untuk membuat kek, contohnya dalam memilih jenis tepung gandum, coklat dan sebagainya. Dengan adanya buku resipi berkhasiat ini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk menikmati kek yang lazat.

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk mengamalkan diet sihat kepada masyarakat sekaligu member peluang kepada anda mencuba berbagai-bagai jenis resipi kek yang baharu. Ia juga sesuai untuk mereka yang baharu ingin belajar membuat kek. Setiap resipi diterangkan dengan mudah dan jelas. Menarik bukan?



RM26.90

Buah-buahan dan sayuran segar mempunyai banyak kandungan nutrien. Ia sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia di samping melambatkan proses penuaan.

Buku Gubahan Salad merupakan sebuah buku yang mengolah tentang makanan berasaskan salad buah-buahan. Buku ini terdapat tiga kategori salad, kategori pertama ialah salad buah-buahan, kedua salah sayur-sayuran dan kategori terakhir salad campuran. Di dalam buku ini diolah berbagai-bagai cara untuk membuat salad buah-buahan yang sangat berkhasiat. Buah-buahan digandingkan dengan kreatif menjadi satu gubahan salad yang menarik dan mengandungi bahan-bahan yang mudah diperoleh. Antara contoh gubahan salad yang terdapat di dalam buku ini adalah seperti (salad kelapa muda). Salad ini diolah dengan menggunakan isi kelapa muda, daun sirih dan limau bali. Dalam pada itu, bermacam-macam jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk dijadikan salad selain menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh. Sajian yang sihat dan berkhasiat pasti akan menjamin kesihatan anda.

Buku ini sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada kita dalam menutrisi makanan yang banyak memberi kesihatan kepada tubuh badan. Buku yang menarik ini harus anda miliki.



RM26.90

 
Makanan merupakan sumber penting kepada manusia. Makanan yang sihat dapat memberikan tenaga kepada manusia 
untuk melakukan kegiatan harian. Makanan berkhasiat penting untuk memastikan keadaan tubuh berada dalam 
keadaan sihat.

Buku Makanan Enak untuk Hidup Sihat, Bahagia & Kekal Muda merupakan buku yang mengolah tentang makanan sihat
 yang dianggap tidak baik untuk kesihatan. Banyak fakta mengatakan tedapat makanan tidak elok diambil demi menjaga 
kesihatan tubuh badan, sedangkan makanan itu sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kita. Di dalam 
buku ini juga diolah tentang cara-cara makanan segera (fast food) diambil secara sihat. Makanan segera adalah antara 
makanan yang sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat, tetapi untuk mengambilnya ia harus mempunyai 
cara-caranya agar ia tidak memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Dengan memilih makanan yang tepat, 
kita dapat melambatkan proses penuaan, muka berseri-seri dan sentiasa kelihatan awet muda di samping dapat 
mempercepat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kanser dan sebagainya.

Buku ini sangat berguna kepada masyarakat. Ia banyak memberikan pendedahan terhadap khasiat makanan 
yang perlu diserat oleh tubuh manusia. Anda sedia maklum, tubuh yang sihat akan menjamin hidup yang sejahtera.




RM26.90

Mengambil makanan yang lazak dan enak secara tidak langsung mengurangkan lemak dan kolestrol bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Makanan enak kebiasaannya mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Anda sedia maklum bahawa kolestrol dan lemak jika diambil berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada anda. Sbegai contoh, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Buku Masakan Selera Internasional menyediakan berbagai-bagai resipi makanan lazat yang rendah kolestrol, lemak dan rendah kalorinya. Antara contoh resipi makanan yang terdapat dalam buku masakan ini adalah seperti Sup Lobak Merah (spicy), Roti Dilapis Udang, Samosa Panggang, Mi Siam dan banyak lagi resipi-resipi menarik. Di samping itu juga, olahan resipi dalam buku ini dijelaskan dengan ringkas dan mudah agar pembaca mudah untuk mengikutinya. Terdapat juga teknik-teknik yang boleh anda pelajari tentang cara bagaimana untuk mengurangkan kadar lemak, kolestrol dan kalori dalam makanan, tip membaca label dan memilih bahan masakan yang sesuai, memasak dengan ketuhar untuk mengurangkan lemak dan tenaga. Tip-tip berikut sangat berguna untuk anda untuk diapplikasikan dalam masakan anda. Semua resipi yang disediakan dilenegkapi dengan maklumat nutrisi asli dan resipi perubatan.

2 comments: