RM19.90
Wanita di hati Rasulullah?
Aduhai, alangkah beruntungnya mereka yang di cintai oleh manusia yang paling mulia di dunia. Mereka adalah wanita yang telah didoakan dengan segenap jiwa, di cintai dengan setulus hati dan namanya sentiasa meniti di bibir Rasulullah SAW.
Pada hakikatnya, kaum wanita adalah ibu yang mendidik generasi muda dan melahirkan insan-insan terkenal, sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang.Mereka juga merupakan kaum isteri yang sering mewarnai kehidupan dengan senyuman manis dan sentuhan lembut, sentiasa meringankan beban perjalanan dan pekerjaan dengan mengungkapkan kata-kata bermakna serta penuh kasih sayang.
Di samping itu, kaum wanita adalah insan yang selalu mendampingi keluarga ketika mengharungi kemanisan kebahagiaan kehidupan atau kepahitan kesengsaraan. Bahkan, seorang anak perempuan sentiasa memenuhi rumah tangga kita dengan kegembiraan dan keceriaan, mereka dianggap sebagai permata hati bagi ibu bapa.
Taman-taman cinta Nabi Muhammad SAW senantiasa mekar dengan cinta yang ditaburi indah oleh kisah mereka. Sekelumit kisah cinta yang tiada bandingannya kini disajikan untuk tatapan pembaca.
|
beli bnyak dapat less bape?
ReplyDeleteSetiap pembelian akan dapat less 10 percent :)
ReplyDeleteuntuk maklumat lanjut bleh layari laman kami :
www.sambooks.com.my
Assalam. sy Rohana dari cheras, nak tnya klu sy nak jadi ejen boleh ke? macam mana procedurnya? brapa harga setiap bku yg sy kan dpat kurang?
ReplyDeleteHarap dpat respon dgn kadar segera. tkmsh.
Waalaikumussalam. Pn Rohaha, terima kasih atas mesej puan :) Jika puan berminat untuk menjadi ejen kami, boleh hubungi pegawai marketing kami En Kassim di alamat emel : sambooks.my@gmail.com. Pegawai kami akan terangkan segala procedur dan harga.
ReplyDeleteTerima kasih :)