Tuesday, June 18, 2013

SIRI KOOL YEAH

Synergy Media
www.sambooks.com.my

RM11.30

Latifah harus membuat liputan konsert di sebuah hotel. Ini agak menakutkan bagi Latifah. 
Seumur hidupnya, dia belum pernah keluar malam bersendirian ke konsert muzik
yang begitu ramai penontonnya. Dia ragu dengan kemampuannya menjalankan tugas itu. Tetapi,
Latifah bertekad untuk menepis semua keraguannya. Dia harus membuktikan
kemampuannya supaya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai wartawan
di majalah Cantik.


Apa yang terjadi? Di konsert itu, dia telah mengalami kejadian yang tidak 
Apa kaitannya gelang berbatu misteri dengan pembunuhan itu?


pernah disangka-sangkanya. Terjadi  sebuah pembunuhan dalam konsert itu.
Dan dia diberikan sebuah gelang berbatu misteri yang diselitkan ke
 tangannya oleh seseorang yang menyerupai bayangan.


RM11.30

Latifah meletakkan novel yang harus dibacanya kerana hari itu juga dia akan 
mewawancara penulisnya. Penceritaan dalam novel itu begitu kabur. Bercerita
tentang perjalanan kematian seorang lelaki yang belum uzur kerana
menghidapi penyakit. Dia terkena gangguan buah pinggang akibat terlalu banyak
mengambil minuman beralkohol dan penyakit kelamin kerana kehidupan “kotor”
yang dilaluinya di masa lalu. Tetapi, ia “mati” bukan kerana penyakitnya,
tetapi kemalangan di langgar kereta.
Hmmm..., mengapa harus begitu?


Ini tugas Latifah kali ini. Dia harus membongkar sebuah misteri perjalanan 

batin Mohd Fakri Rajendra. 
Adakah kisah novelnya hanyalah kisah rekaan semata-mata atau...

RM11.30

Latifah dan abang Hairi akhirnya sampai di Rock’n Roll Billiard. Semunur hidupnya, 
itulah kali pertama Latifah masuk ke dalam sebuah tempat bermain snuker.
Dia merasakan banyak pandangan pelik yang tertuju kepadanya.
Rasanya memang pelik kerana ada perempuan yang berpakaian labuh
masuk ke tempat sedemikian.

Tapi apa boleh buat, seorang finalis cover girl majalah Cantik telah meninggalkan 
tempat dia menunggu tempoh hari dan kemungkinan sedang berada dalam bahaya.
Latifah merasakan dia tidak boleh duduk diam sahaja. Dia bertanggungjawab
atas keselamatan Amalina. Tapi mengapa mereka harus mencarinya
di tempat yang tidak elok dan dipenuhi dengan aroma maksiat itu?

RM11.30


Petang itu, Latifah melihat ramai orang berkerumun di hujung kompleks dekat rumahnya. Latifah kehairanan. Setelah diselidik, barulah dia mengetahui bahawa ada seorang budak lelaki yang baru berumur 10 tahun yang mahu membunuh diri. Latifah tercengang seraya beristighfar.

Persoalan apakah yang boleh membuatkan budak tersebut mahu membunuh diri? Kenapa budak kecil ini boleh berputus asa dengan mudah sehingga terfikir mahu mati?

Latifah tahu, bahawa berita ini mungkin bukan keutamaannya. Kes cubaan membunuh diri sangat tidak sesuai dengan tema majalah Cantik. Namun demikian, Latifah mahu merungkaikannya dari segi yang lain. Berjayakah Latifah merungkai permasalahan tersebut?

RM11.60

“Eeee…Cik tadi yang duduk di sebelahku, tertidur di bahuku!...Macam mana ni?” Keluh batin Ikrar. Dia menoleh kepada Cik tadi. “Wajahnya seperti pernah aku lihat, tapi di mana?

Teringat di zaman persekolahan, Ikrar kembali menjalani kehidupan yang aktif berkaitan bidangnya. Masa indah sewaktu duduk di bangku sekolah. Ceramah demi ceramah diikutinya, akan tetapi di tengah-tengah perjalanan sesuatu terjadi, sesuatu yang hampir sama dengan apa yang berlaku kepadanya ketika di bangku sekolah suatu ketika dahulu… Kisahnya berkaitan dengan gadis yang tidak sengaja tertidur di bahunya. Segala sesuatu seakan berulang sekali lagi. Adakah kisah silamnya akan berulang?

Tanda tanya mula muncul di kepala Ikrar, “kenapa setiap kali aku berusaha mendekatkan diri padamu, setiap kali itu juga kau seperti membuatku jauh darimu? Kenapa selalu begini?

Petikan di atas merupakan sebahagain kecil kisah yang berlaku dalam cerita Gadis Manis Siapa Namamu?. Pasti timbul persoalan di fikiran anda sama ada Ikrar akan menemui jawapan dari semua persoalan tersebut bukan? Untuk mengetahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Ikrar, anda mesti membeli buku ini. Buku ini menarik dan bersaiz kecil memudahkan anda membawanya ke mana-mana. Ianya boleh menjadi teman anda terutama apabila anda berasa bosan.

RM11.60

Ibu bapanya telah berpindah ke Norway dan kini dia harus tinggal di Sekolah Berasrama Penuh. “Ini suatu keputusan yang tidak adil,” fikirnya. “Lebih baik lari”

Pagi-pagi lagi, selesai sahaja solat subuh dengan langkah terjengket-jengket ala tentera, dengan menahan nafas dia menghentak lantai simen di halaman utama yang bersambung ke gerbang utama sekolahnya.

Tap..tap..tap. Okey, aku bebas sekarang! Selamat tinggal SBP! Dia bersiul penuh kemenangan. Huh! Papa memang tersilap menyekolahkan aku di tempat ini!

Dia melangkah mencari pondok telefon. Dia tahu ke mana harus pergi disaat-saat seperti ini. Ya, mencari teman yang lain! Dia boleh mengharapkan mereka. Tetapi , gadis ini tidak sedar bahaya besar sedang mengintainya.

Petikan di atas merupaka sebahagian kecil kisah Lentera Aisha. Untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku kepada watak dalam cerita ini, anda mestilah memiliki dan membaca buku ini sehingga ke penghujungnya. Segala persoalan anda pasti akan terjawab.

Buku ini bukan sahaja menarik untuk dibaca, ianya juga sesuai dijadikan sebagai teman anda ketika anda berasa bosan. Saiznya yang kecil memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. Anda boleh membaca buku ini di rumah,  sekolah, taman permaian,  pasar raya dan di mana-mana jua anda berada.

RM11.60

Jika dia sedang berada di tempat ini sekarang, tolong hargai dan jaga dia. Jangan sia-siakan dia kerana masih banyak yang memerlukan dan mereka itu adalah saudara-saudaramu sendiri.

Andaikan dirimu berdiri di tempat yang teduh dengan sebuah payung kecil di tangan semasa hujan turun dengan lebatnya. Hingga menciptakan tirai hujan di sekitarmu, bersyukurlah kerana kau masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk berteduh dan tidak basah. Tapi, janganlah itu membuatmu takbur atau mengeluh sambil berharap sebuah payung yang lebih besar kerana jika kau mencuba melihat lebih jauh di sebalik tirai hujan, masih banyak orang yang terpaksa basah dan memeluk tubuh sambil menggigil, menunggu hujan yang entah bila akan berhenti.

Tirai hujan adalah air mata para mangsa perang yang selalu berdoa dalam tangis dan menunggu dalam harapan. Bilakah hujan akan berhenti. Buku ini membawa anda menyelami perasaan mereka yang berada dalam kesusahan akibat peperangan. Gaya penceritaannya yang menarik mampu meruntun hati kecil anda dan membawa anda untuk membaca kisah ini hingga ke penghujungnya.



RM15.20

Tidak seorang pun berhak menilai hasil rancangan gaunku. Termasuk sahabatku sendiri. Tapi, mengapa dia bersikap begitu? Ini tidak adil! Setelah apa yang aku lakukan padanya. ! “Mengapa dia membalasnya dengan sesuatu yang membuat hatiku gelisah?” Aku Rezlin akan meraih mimpiku sebagai pereka fesyen dan inilah cita-citaku. Ya Allah yang ada di langit sana..apakah Engkau sedang menegurku, setelah semua keluh kesahku tercalar?”

Rezlin gundah di antara dua pilihan, yang sebenarnya satu dia yakini kebenarannya. Haruskah Rezlin mengulangi semua rancangannya atau tetap mempertahankan rancangannya semula yang telah dipuji oleh ramai pihak?
“Waktumu tinggal tiga minggu lagi menuju hari pertunjukan, Rezlin? Jangan pedulikan dia lagi!” Pujuk suara hatinya. Oh..mestikah Rezlin mengikuti suara hatinya?

Apakah keputusan yang diambil oleh Rezlin? Atau apakah Rezlin mampu pertahankan cita-citanya? Segala persoalan tersebut bakal anda ketahui dengan membaca buku ini selengkapnya. Buku Burung Biru Taman syurga ditulis khas untuk pembaca sebagai bahan bacaan yang menarik. Buku ini pasti membawa anda ke dunia Rezlin yang penuh dengan semangat dan cabaran.

RM11.60

Seorang anak adalah cahaya mata ibunya, ibarat sebahagian tubuh yang tidak boleh dipisahkan. Demikianlah yang Aminah rasakan apabila seorang suami sanggup bertindak menjual darah dagingnya sendiri. Suatu ketika, dia mendengar khabar akan kehadiran puterinya itu. Lalu, dia segera menyusul dengan harapan untuk kembali memeluk anaknya. Adakah benar puterinya telah kembali? Hayati juga kisah Seminggu Bersama Si Cinderella, Sajak Buat Firdaus, Di Situ Rasul Berdiri serta banyak lagi. Semuanya di dalam sebuah buku. Ada pelbagai kisah menarik ingin diketengahkan yang mengisahkan penderitaan sebuah keluarga. Dapatkan segera!

RM11.60

Celaan dan ejekan kawan-kawannya diterima dengan ikhlas. Prinsipnya yang selalu memegang teguh pada kejujuran kadangkala membuatkannya menjadi bahan ejekan.

Namun, begitulah lelaki ini, tetap menjalani semua kehidupan yang menyeksakannya. Walaupun merasa penat dengan keadaan yang dijalaninya, dia tidak pernah mahu menyerah. Berbekalkan sentuhan lembut seorang ibu yang sangat disayanginya, dia cuba melihat kehidupan dari sudut pandangan yang lain. Dunia yang tidak menganggapnya sebagai anak yang bodoh. Dunia yang memandangnya sebagai manusia yang cekal, normal dan dihargai.

RM11.60


Dan aku menari sendiri,
Demikian juga anakku menari sendiri’
Tapi kami boleh bertemu kembali”

Semuanya bermula ketika dia memutuskan untuk membawa keluarganya ke pekan demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun, nasib yang baik belum berpihak padanya. Dia terpaksa menggantikan tarian Gamelan di petempatan tersebut.
Biasanya, puteri tunggal mereka yang akan menari. Kini dia telah pergi dan memilih menari di tempat yang sangat indah, menari di syurga...

Apa yang sebenarnya terjadi kepada puteri tunggal mereka?

RM11.60

Anak ini tidak memahami perubahan ibunya semenjak ibunya jatuh sakit. Keadaannya memerlukan dia sentiasa di sisi ibunya. Ibunya merasakan dia tidak diperlukan lagi dan tidak dihiraukan anaknya. Dia berasa sedih, marah dan tidak berdaya.

Namun demikian, hati kecil si anak ini telah melakukan pelbagai macam cara untuk memenangi hati ibunya. Begitu juga dengan saudaranya yang lain yang turut sama membantu. Mencari jalan bersama untuk menyelesaikan masalah ini. apakan yang menghalang mereka untuk memenangi hati ibunya?

Kisah yang padat dengan cerita-cerita yang menginsafkan tentang kasih seorang anak terhadap ibunya yang penuh hikmah.

RM11.60

Tiba-tiba Rina menjadi popular di sekolahnya. Ramai yang mencarinya untuk meminta pertolongan.
Bermula dengan meminta pertolongan maklumat tentang perasaan cinta seseorang yang dicintai, sehingga kepada maklumat tentang soalan ujian. Semua yang ditafsirnya sangat tepat, sehingga semua pelajar datang mencari Rina.

Kemampuan yang satu ini sangat mengganggu Rina. Suatu hari, Rina dan rakan-rakannya yang lain telah dimarahi oleh guru kimia mereka.

Kerana kemampuan istimewanya juga, niat Rina untuk beribadah telah berubah 180 darjah. Kemampuan apa yang dimiliki Rina? Dan bagaimana Rina menggunakannya hingga dia sedar kembali?

RM11.60


Aku benci mama! Mengapa mama memberikanku nama Bunga? Padahal, kecantikanku lebih dari bunga yang indah. Aku cuma dijadikan bahan ejekan oleh kawan-kawan di sekolah. Mereka memanggilku “Si Rambut Kerinting”, yang terbaru mereka memanggilku “Si Bibir Tebal” pula. Apakah?!

Hanya kerana mama menamakan aku Bunga, aku marah. Nama yang cantik pun membuatkan aku marah. Ya Allah, betapa aku seorang hamba-Mu yang tidak tahu bersyukur.

“Kewajipan ibu bapa terhadap anak yang pertama sekali adalah memberinya nama. Nama dalam Islam adalah doa. Jadi orang tua perlu memberikan nama yang baik kepada anaknya. Bla.. bla.. bla...” Suara ustaz yang terkenal itu menggeletek gegendang telingaku. Ya Allah, selama ini aku tak pernah mengerti maksud mama. Mulai detik ini, ingin aku katakan pada dunia. Panggil aku Bunga!

RM11.60

Sebanyak 15 cerita pendek telah dimuatkan dalam novel pasca remaja ini. Cerita-cerita dalam novel ini mengandungi nilai-nilai murni dan pengajaran yang berguna kepada para pembaca terutama para remaja. Namun yang pastinya bahawa para penulis memilki satu visi iaitu mengajak kita selaku menghayati makna sebuah kehidupan.Antara cerita yang terdapat dalamnya iaitu berkisar tentang ketabahan seorang isteri melawan penyakit yang  dihadapinya.

“ Zahra,cintaku…”gumamnya,” Betapa besar ketabahan hatimu. Sekian lama kau berjuang melawan penyakit yang kau derita,sementara aku…? Ya Tuhan! Apalah ketabahanku ini menjalani cubaan Allah jika dibandingkan denganmu? Aku ini sungguh lemah….”
“ Isterimu telah pulang ke rahmatullah, Nak. Tabahkan hatimu ya,” ujar mertuanya.
Betapa Zahra telah meninggalkan pelajaran yang tidak ternilai bagi dirinya.  Ketabahan dan kesabaran yang tiada bandingnya!

Sebuah karya yang menarik untuk ditatapi kerana penulisannya dalam bentuk yang berlainan cara. Mereka menghasilkan fikiran dan perasaan dengan bahasa yang mudah difahami. Mulai dari bahasa halus yang mendayu-dayu, ironis dan dramatik yang menghanyutkan hingga dan terasa di jiwa.


RM11.60

Jangan hairan jika masyarakat terus menyebutkan nama-nama terkenal seperti Saiful Apek, Fasha Sanda, Siti Nurhaliza, David Beckham, Brad Pitt dan ramai lagi. Mungkin ramai di antara anda yang diam-diam ingin menjadi orang yang terkenal seperti pelakon atau penyanyi. Tayangan-tayangan sensasi dari media massa yang menyajikan dunia bintang, memancing “ imaginasi” kita untuk menjadi salah seorang daripada mereka. Siapa yang tidak ingin menjadi kaya, betul tak?

Buku ini mengupaskan tentang dunia artis dan perjalanan hidup mereka. Masalahnya kita hanya menangkap yang terpampang di depan mata dan itu pun terbatas dari yang ada di permukaan. Kita malas memikirkan secara terperinci, merenung atas fenomena kehidupan termasuk fenomena artis. Beban dan risiko apa yang bakal dihadapi sama ada secara individu, ahli keluarga, mahupun sebahagian daripada masyarakat, apatah lagi jika dihubungkan sama status kita sebagai orang Islam.  Artis terkenal ibarat besi magnet yang menarik perhatian orang ramai.

Media massa seperti televisyen,radio, surat khabar, majalah dan tabloid selalu menghebahkan aktiviti selebriti hingga yang sekecil-kecilnya.Kita juga sering terpesona dengan gemerlap kehidupan selebriti hingga lupa ada kehidupan yang lebih penting di sebelah rumah kita.  Seorang artis juga telah kehilangan privasi dan tidak dapat bergerak dengan bebas untuk ke mana-mana. Segala pergerakan dan aktiviti mereka sentiasa diintip oleh  wartawan-wartawan yang sentiasa inginkan cerita dan gosip.


RM11.60

“ Rembulan….,”desisnya perlahan. “ Tak pernah kekah bekerja….terus bekerja…. Aku akan menjelmakan diriku kekasihnya….”

 Kisah ini bermula dengan kehadiran seorang pemuda yang bernama Jimmy yang menjadi tetamu di rumah  Zamila.  Sopan, tutur katanya katanya lemah lembut. Tujuan kedatangannya adalah untuk mengajak Zamila bergabung dalam sebuah kumpulan yang dipimpinnya iaitu kumpulan bekas dari para remaja yang menjadi mangsa dadah.Kumpulan ini telah dibentuk ketika Jimmy dan rakan-rakannya pertama kali melihat salah seorang dari rakan mereka di kampus menggeletar kerana ketagihan dadah. Dia akhirnya memilih membunuh diri kerana tidak tahan dengan ketagihan daripada bertahan untuk sembuh.
Muslim merupakan rakan Zamila yang merasa curiga setiap kali melalui rumah Encik Ben. Rumah tersebut sentiasa dipenuhi dengan kehadiran para remaja di taman perumahan itu.  Timbul persoalan mengapa setiap kali remaja yang datang ke rumah itu, mereka terus masuk melalui pintu yang menghubungkan ruangan taman bacaan itu dengan ruang dalam.
‘’Ambil  yang Pink tiga,Abang…”

 “ Saya mahu yang putih saja. Ni duitnya.” Encik ada barang yang baru tak?”

Zamila bersama tiga orang sahabatnya yang berusaha membanteras pengedaran ubat terlarang di sekitar daerahnya. Pelbagai usaha mereka lakukan sehingga nyawanya dan sahabatnya terancam. Butik ibunya dimusnahkan.  Rakannya Muslim ditikam oleh orang yang tidak dikenali.

RM11.60

Marabunta ditembak mati?
 Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui oleh Salim ( 21) di kawasan Serdang, semalam.  Sebuah luka tembakan tepat di keningnya dipecayai menjadi punca kematiannya. Dilihat cirri-cirinya,ramai yang menggangarkan bahawa dia adalah Marabunta, pemjahat “baik hati” yang baru-baru ini menggemparkan seluruh warga Negara ini……

Sebuah karya yang penuh tanda tanya. Marabunta ditembak mati? Ada beberapa orang yang telah menggunakan nama Marabunta dalam aksinya-aksinya? Lelaki itu tersenyum sinis. Diselaknya rambut panjang lalu dia meletakkan akhbar pagi yang sejak tadi ditatapnya.

 Marabunta kembali, menyelusuri jalan dia bertemu dengan seseorang yang menjadi bos kepada kanak-kanak jalanan. Dengan menyuruh kanak-kanak tersebut yang berselubung dengan pekerjaan perniagaan, namun sebenarnya kerja mereka yang utama adalah mencuri dan hasilnya diberikan kepadanya. Dalam novel ini kanak-kanak sering mendapat layanan yang kasar dan diperlakukan dengan buruk darinya. Bukan hanya itu lelaki ini juga bekerjasama dengan pihak pejabat setempat yang memerlukan perkhidmatannya sebagai orang upahan untuk memukul.

RM11.60

Novel ini mengisarkan kisah-kisah menarik tentang perasaan kasih sayang, rindu, cinta, kesetiaan, kesabaran dan pengorbanan dalam menjalani liku-liku kehidupan rumah tangga. Antara kisah yang terdapat dalam novel ini  iaitu mengenai dilema seorang suami yang mengidapi penyakit Azzospermia.  Selain kasih sayang  antara suami isteri, anak merupakan pelengkap dan penyeri dalam alam rumah tangga.

“Hadi Im so sorry… saya harus katakana kalau..…berdasarkan hasil pemeriksaan air mani anda,kami tidak menemukan adanya sel sperma. So….” Doktor Nia menunduk.
 “Tetaplah berdoa dan berusaha,”ucap Doktor Nia. Citra tergagap, “Tapi…kata doktor……
 “ Kalian masih memungkinkan mempunyai anak melalui bayi tabung uji,”ujar Doktor Nia.
“Abang Citra ikhlas,kalau memang kita tidak boleh ada anak kandung. Citra sedang berfikir untuk mengasuh anak yatim.InsyaAllah nilainya di mata Allah tidak berbeza dengan mengasuh anak kandung,bahkan mungkin lebih”

Kenyataan hidup sebagai pengidap Azzospermia menjadikan dirinya berasa seperti lelaki yang sangat ego apabila harus menguburkan impian isteri kesayangannya untuk menjalani fitrah keibuan.Meskipun berat hati, dia berfikir untuk  mengakhiri pernikahannya. Maka,hari-hari seterusnya, dia lebih melihat seorang sufi pada diri suaminya. Dalam kekhusyukkan inilah suaminya memohon bimbingan dari Allah untuk sebuah rencana besar dalam benaknya.

RM11.60

“ Tak menyesal, Dian?” Tanya Kak Laila.
 “ Insya-Allah tak, kak!” sahut Dian tegas.
 “ Meskipun piala terbang melayang?”
 “ Tapi, Dian tetap gembira…. Sangat!
Aduh…..benarkah,ya Abang Hakim suka dengan Diana…? Habis dia memerhati Diana!. Takkanlah lelaki setampan dia suka dengan Diana? Terang-terang sahaja buatkan terasa Ali pelik. Jadi, Diana yang bertudung ini macam mana kawan-kawan?
Sesusuk gadis manis dengan rambut panjang mengurai akhirnya lalu sambil tersenyum ceria pada semua orang di jalan. Manisnya! Pertama kali melihatnya.Haikal seperti sudah jatuh cinta pandang pertama,ni!
“Saya Yasha,kamu?” Tanya riang. “ Ng….. Haikal sahutnya tersipu.
“ Eh saya nak jalan-jalan, ni. Nak ikut tak ?” ajaknya tulus

Novel ini mengandungi pelbagai cerita yang menarik yang ingin dikongsi bersama anda. Cerita ini ada di Tingkatan Dua Bijak. Di situlah,berkumpul semua kawan-kawan Diana yang bermacam-macam ragam! Ada Azman, Ekin yang soleh, Asri yang gemuk, Ahmad yang nakal, Rina yang lembab dan rakan-rakannya yang lain. Nikmati cerita-cerita mereka yang lain secara keseluruhan, yang pasti unik di dalam buku ini.

RM11.60

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis manis bernama Farah gadis manis yang masih bersekolah di sekolah menengah. Dia memiliki ciri-ciri seperti kulit kuning langsat, hidung mancung dan bertahi lalat besar di antara kedua-dua keningnya.  Pulang ke rumah antik merupakan destinasi  perjalanan Farah setelah tamat sesi persokolahan. Membayangkan rumah baru nan buruk yang sedang menantinya di hujung  sana, rasanya Farah ingin ingin pergi sahaja dan meninggalkannya ke dunia lain.  Dia ingin ke Wonderland bersama Alice atau menginap di rumah roti Grettel. 

“Apa ? Pindah ke rumah kono yang macam rumah tikus itu?  Takutnya, papa mahu Farah berubah menjadi Mickey Mouse?”.“Farah baru berpindah ke rumah baru,tapi tak baru pun, lagi kuno. Farah tak suka kesimpulannya, tak suka sangat!” Begitulah reaksi Farah yang menunjukkan perasaan bencinya tentang rumah antik itu sejak dari papa dan mamanya memutuskan untuk membeli rumah peninggalan Belanda itu. Bermacam-macam alasan dan usul diberikan kepada kedua-dua ibu bapa agar membatalkan hasrat untuk berpindah ke rumah tersebut.
 “ Farah …… saya minta tolong…….”
“ Di bawah pokok akasia tua di taman belakang, ada sebuah busut pasir hitam. Carilah busut itu dan galilah…..”  Suara itu  lalu menghilang.    Siapakah yang memanggilnya tadi ?Adakah suara itu milik wanita Belanda yang suatu keika dulu pernah tinggal di rumahnya sekarang? Apakah rahsia disebalik permintaan pertolongan dari suara itu?  Apakah yang Farah harus lakukan? 



2 comments:

  1. mcm mna nak beli?

    ReplyDelete
  2. Tempahan boleh dibuat melalui laman web kami :
    www.sambooks.com.my :)

    ReplyDelete