Monday, June 17, 2013

SIRI FADHILAT RAMADHAN

Synergy Media
www.sambooks.com.my


RM12.90


 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah SWT memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Barang siapa mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya, sesungguhnya ia mendapat kemenangan besar.” (Al-Ahzaab:70-71)

Puasa merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam. Setiap ibadah mempunyai ganjaran yang tersendiri apabila seseorang itu ikhlas melakukannya. Namun begitu, puasa mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah SWT jika dilakukan dengan penuh ikhlas, baik puasa wajib ataupun puasa sunat. Puasa ertinya menahan diri daripada makan pada siang hari.

Puasa bukan sahaja bermaksud tidak makan dan minum, tetapi juga menjaga kelakuan, percakapan dan pandangan daripada melihat sesuatu yang mungkar. Buku Dahsyatnya Puasa Wajib & Sunat membahaskan tentang kelebihan amal ibadah puasa wajib dan puasa sunat. Puasa merupakan perisai untuk melindungi diri dari kelemahan rohani dan jasmani. Ia juga melatih diri menjadi lebih sabar, berbudi pekerti dan berakhlak mulia.

Buku Dahsyatnya Puasa Wajib & Sunat boleh dijadikan panduan sebagai makanan rohani dalam memantapkan lagi ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Usaha anda untuk memiliki buku ini bukan hanya untuk perkara sia-sia, tetapi dapat memberikan banyak manfaat dalam mendalami lagi ibadah puasa wajib dan sunat.





RM12.90


Walau sesibuk mana pun kita melakukan pekerjaan harian, kita wajib untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ingatlah bahawa rahmat Allah SWT itu cukup luas kepada hamba-hambanya. Jadi sedarlah bahawa kita hanya hidup di dunia semata-mata sebagai tempat persinggahan sementara sahaja. Hidup bahagia di dunia, sudah pasti mahukan kebahagiaan di akhirat juga. Akhirat jua tempat yang kekal abadi.

Dewasa ini ramai dalam kalangan umat Islam menggunakan alasan sibuk dengan kerja, letih, penat dan tidak mampu untuk menunaikan ibadat puasa. Berbagai-bagai alasan diberikan untuk mengelakkan diri daripada dipandang serong apabila gagal menunaikan amalan wajib berpuasa di bulan Ramadan. Berpuasa bukanlah satu amalan yang memberikan kemudaratan kepada manusia. Allah SWT sangat menyayangi hamba-hambanya, tidak logik kiranya dikatakan berpuasa itu memudaratkan. Bahkan sesiapa yang menunaikan ibadat puasa dengan sempurna akan mendapati bahawa diri mereka akan bertambah sihat dan bertenaga. Buku Doa & Amalan Singkat Ramadan Bagi Orang Sibuk mengetengahkan tentang cara-cara yang boleh dilakuakan oleh seseorang yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadan. Di dalam buku ini juga disediakan doa-doa, zikir dan amalan lengkap harian di sepanjang bulan Ramadan.


Buku Doa & Amalan Singkat Ramadan Bagi Orang Sibuk sesuai dijadikan panduan dan dimiliki oleh sesiapa sahaja untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang ibadat puasa. Buku ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada umat Islam tentang ibadah puasa di bulan Ramadan.



RM12.90

Berpuasa di bulan Ramadan adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim dan Muslimah. Puasa dapat menambahkan kesabaran dan keimanan terhadap Allah SWT. Selain itu, puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan menguji keimanan. Di samping itu, puasa juga boleh menyihatkan lagi tubuh badan kita. Usus kita tidak lagi perlu bekerja keras memproses makanan untuk dihadam seperti hari-hari biasa. Hari-hari di mana kita sering makan dan minum pada setiap masa.

“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya selain lapar dan dahaga.” (Hadis Riwayat Ahmad). Melalui hadis tersebut jelaslah kepada kita, bahawa ibadat puasa ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT. Jika kita melakukannya hanya kerana terpaksa kita mungkin akan kehilangan ganjaran besar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, jika kita berpuasa tetapi kita sering melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, mencuri, berjudi dan sebagainya, amalan puasa kita akan ditolak oleh Allah SWT. Ini kerana puasa bukan hanya bermaksud menahan lapar dan dahaga, tetapi kita juga harus menahan hawa nafsu daripada melakukan perkara keji, menahan anggota badan dari melakukan kejahantan, menahan mata dari melihat sesuatu yang mungkar dan menjaga lidah dari berkata-kata tentang sesuatu yang sia-sia. Buku Jangan Biarkan Puasa Anda Sia-Sia memberi pendedahan tentang amalan yang harus dilakukan di bulan Ramadan, perkara-perkara yang dilarang supaya kita mampu menjalankan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Di dalam buku ini juga diperincikan dengan jelas untuk memperbutulkan tanggapan kita tentang ibadah puasa di bulan Ramadan.

Panduan yang diberikan dalam buku ini sangat berguna kepada pembaca dalam memahami dengan lebih terperinci tentang amalan-amalan yang harus dilakukan di dalam bulan Ramadan.

RM12.90


“Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram. Dan sebaik-baik solat selepas solat fardu (wajib) adalah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sebagai seorang Islam kita haruslah mentaati segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Solat merupakan tiang agama dan diperintahkan kepada seluruh umat Islam untuk menunaikannya. Setiap orang Islam yang beriman wajib menunaikan solat lima waktu pada setiap hari. Solat merupakan tiang agama. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat, maka boleh diibaratkan seperti mereka meruntuhkan tiang-tiang agama Islam.

Ramai dari kalangan kita tidak mengetahui tentang keistimewaan waktu malam. Selalunya kita akan membiarkan waktu malam kita berlalu begitu sahaja dengan aktiviti-aktiviti yang tidak memberi manfaat. Ada juga yang lena diulit mimpi indah apabila tibanya waktu malam. Rasulullah SAW bersabda, “Tuhan kita setiap malam turun ke langit dunia ketika tinggal sepertiga malam yang terakhir. Lalu Dia berfirman, “Barang siapa berdoa kepadaku-Ku maka Aku akan mengabulkan permintaannya dan barang siapa memohon ampun kepada-KU maka Aku akan mengampuninya.”(Hadis Riwayat Al-Jamaah). Hadis di atas menceritakan tentang keistimewaan malam hari atau lebih tepat lagi pada sepertiga malam. Sesiapa yang berjaga malam dan berdoa kepada Tuhannya, pasti akan mendapat keredaan-Nya. Buku Kelebihan Qiamullail ini membahaskan tentang keistimewaan dan kelebihan solat di malam hari (sepertiga malam) beserta cara untuk memudahkan kita bangun di malam hari untuk melakuakan qiamullail.

Buku banyak memberi manfaat dan memberi motivasi kepada pembaca. Buku ini juga menceritakan kisah orang-orang yang telah merasakan dahsyatnya bangun malam untuk beribadah kepada Allah SWT. Semoga kita juga akan tergolong bersama mereka yang merasai kemanisan dalam beribadah.







RM12.90

Puasa sunat adalah pelengkap kepada puasa wajib yang disyariatkan dalam Islam. Puasa sunat dilakukan bukan di dalam bulan ramadan dan boleh dilakukan pada hari biasa kecuali pada hari-hari yang dilarang untuk berpuasa.

Terdapat pelbagai jenis puasa sunat yang menjanjikan pelbagai fadilat dan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. Malah terdapat juga hari-hari tertentu yang disunatkan untuk berpuasa dan mempunyai kelebihan pahala yang tersendiri. Jika diperhatikan pada hari ini, lebih ramai orang Islam yang tidak bersemangat untuk melakukan puasa sunat. Mungkin mereka kurang mendapat pendedahan tentang betapa besarnya ganjaran melakukan puasa sunat. Buku Mudah & Berkat Puasa Sunatmembahaskan tentang kebaikan melakukan puasa sunat dan ganjaran yang diperoh oleh mereka yang melakukannya. Dalam sebuah hadis ada menyebut, “Semua amalan manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, maka itu adalah untuk-Ku dan Aku akan memberinya ganjaran. Dia meninggalkan makanan dan syahwatanya kerana Aku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).Dalam hadis tersebut digambarkan betapa besarnya pahala berpuasa di sisi Allah SWT jika dibandingkan dengan amalan ibadah yang lain.

Buku ini banyak memberi pendedahan kepada pembaca tentang fadilat puasa sunat. Ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukannya adalah sangat besar. Jadi tunggu apa lagi, anda juga sudah pasti mahu mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT.



Dapatkan segera buku-buku ini sebagai persediaan kita untuk mengahadapi Bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadan pada tahun ini akan membaeri seribu keberkatan kepada kita semua. Amin :)

4 comments:

  1. Aslmlkm. hrga bwh pic tu aftr less ea?

    ReplyDelete
  2. Walaikumussalam. Haah, harga yang dipaparkan dalam blog ni adalah harga selepas diskaun :)

    ReplyDelete
  3. Ramadah da dekat, tak sedar pooon ;(

    ReplyDelete
  4. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelum ini, mari kita sama-sama tingkatkan amalan dan ilmu pengetahuan :)
    jemput ziarah ke page kami :
    www.sambooks.com.my :)

    ReplyDelete