Sunday, June 16, 2013

SIRI MUSLIMAH SYURGA


Terdapat pelbagai kekeliruan, kesalahan dan penyimpangan yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita sama ada kerana tidak mengetahui syariat Allah SWT atau terpengaruh dengan budaya Barat. Buku ini hadir di hadapan anda untuk menjelaskan tentang 80 kekeliruan yang sering dilakukan oleh wanita Islam. Wahai saudariku, masih banyak lagi perkara yang perlu anda pelajari dalam agama ini. Sesungguhnya hidup ini amat singkat. Di akhirat, anda diminta untuk mempertanggungjawabkan setiap perlakuan yang dilakukan di dunia. Oleh itu, elakkan diri daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam bagi memperoleh kebahagiaan di akhirat. Pendek kata, kehidupan di dunia adalah tabungan untuk akhirat. Tanggungjawab di akhirat akan menjadi lebih ringan jika anda menjauhi kekeliruan tersebut satu demi satu. Dengan demikian, bacalah buku ini untuk memahami kekeliruan itu secara lebih mendalam.
 
Dipersembahkan dalam bahasa yang sederhana dan disertai petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dipercayai bagi meyakinkan anda para pembaca.  Buku ini bukan sahaja sesuai untuk golongan wanita itu sendiri, tetapi juga perlu dimiliki oleh para suami dan ibu bapa dalam usaha mendidik isteri dan anak-anak dalam memantapkan lagi akidah seterusnya berjalan bersama-sama menuju ke pintu syurga.
 
Bagi anda sebagai seorang wanita yang muslimah atau sedang berusaha menjadi muslimah yang sempurna pula, buku ini pastinya harus anda miliki. 


Khadijah binti Khuwailid dikenali sebagai saudagar yang kaya raya. Ketika itu, bangsa Arab mendiskriminasikan kaum hawa, namun Khadijah tampil sebagai ahli perniagaan terkemuka pada zamannya dan mampu bersaing dengan kaum lelaki. Bagaimana perkembangan perniagaan Khadijah? Benarkah Khadijah Berjaya kerana berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW? Bagaimanakah etika perniagaan dalam Islam yang menguntungkan? Apakah doa untuk Berjaya dalam bidang perniagaan?

“Langkah pertama adalah berani mencuba dengan  meneladani etika perniagaan yang dijalankan oleh ibunda kita, Ummul Mukminin Khadijah. Beliau bukan sahaja Berjaya dalam bidang perniagaan, malah menjadi ibu rumah tangga yang sukses.”

Buku Panduan Sukses Perniagaan Khadijah r.a. membincangkan perniagaan yang dijalankan oleh Khadijah dan kunci kejayaan beliau sama ada sebelum atau selepas berkahwin dengan Rasulullah SAW.  Terdapat empat bahagian yang menarik dalam buku ini iaitu tentang sejarah hidup Khadijah, perjalanan karier perniagaannya, meneladani kejayaan Khadijah dan menerapkan etika perniagaan mengukit cara Islam dan doa-doa dalam perniagaan.
Realitinya, buku ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada pembaca untuk meraih kejayaan dalam perniagaan sepertimana yang diraih oleh perempuan suci dan mulia. Mudah-mudah bukun ini bermanfaat dan bergyna kepada semua pihak.

Ayuh, segera dapatkan buku ini untuk mengetahui rahsia dan kunci kejayaan dalam perniagaan anda. Semoga berjaya!! 


“Dialah wanita pencinta kebenaran, anak Abu Bakar as-siddiq, isteri kesayangan Rasulullah SAW dan seorang yang namanya dibersihkan daripada berita bohong secara langsung dari langit.” (Ulama terkenal : Masruq bin al-Jada)
Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasulullah SAW, memahami pendapat yang diperlukan, memahami tentang ashabun nuzul suatu ayat dan kewajipan, melainkan Aisyah r.a..” (Abu Salamah bin Abdurrahman)

Sebagai seorang wanita, kita mempunyai cita-cita dan impian untuk menjadi wanita sempurna seperti Aisyah r.a. yang begitu suci dan sangat disayangi suaminya.

Buku Kisah Cinta Rasulullah SAW & Aisyah r.a. mempersembahkan kepada pembaca tentang peribadi yang agung dan isteri yang tercinta agar pembaca dapat mengetahui kemasyuran kehidupannya yang suci dan semoga dapat dijadikan teladan oleh kaum wanita remaja dan para isteri yang mencari teladan, contoh yang adil saksama dan kehidupan bahagia.
Dengan membaca buku ini, kita akan mengenali dengan lebih dekat keperibadian isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW yang telah melalui banyak dugaan dan cabaran untuk mengabdikan diri kepada bangsa dan agama seterusnya mendapatkan tempat terindah di syurga.


Sesungguhnya kesempatan meraih pahala sangatlah luas tanpa batas. Lelaki dan perempuan mempunyai bahagian yang sama. Kaya dan miskin juga demikian. Bahkan yang sihat dan yang sakit juga sama. Sayangnya banyak dari kita yang membatasi diri kerana keadaan yang menyelimuti kita. Antaranya adalah haid yang terjadi khusus pada wanita. Seringkali ia dijadikan hambatan untuk melakukan amal soleh. Sedangkan berbuat amal soleh tidaklah harus menunggu sampai selesai haid. Di waktu haid juga terbuka lebar pintu untuk melakukan amal soleh. 

Buku Berburu Pahala Ketika Haid & Bersalin akan membuka cakerawala anda kaum hawa khususnya untuk lebih cerdas dan bijak menyelesaikan masalah, juga dalam memperbanyakkan amal soleh. Sedangkan masa-masa haid adalah masa-masa yang paling mudah mendapat gangguan syaitan. Dengan memperbanyakkan amal soleh, seorang muslimah menjadi semakin dekat dengan Allah SWT, dan mendapat penjagaan yang lebih dariNya.

Buku ini mengandungi tiga bahagian yang berkaitan dengan pengenalan haid secara terperinci mengikut perubatan. Dijelaskan juga pelbagai hukum yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan haid. Juga membincangkan strategi amal, ragam amaliah, zikir-zikir dan doa bagi muslimah ketika haid agar tetap meraih pahala.

Dengan membaca buku ini terutamanya kaum muslimah dapat meningkatkan daya juang hidup dan memaksimumkan potensi diri dalam menggapai anugerah dan keredaan Allah SWT.


Buku Keturunan Keluarga Ummahatul Mukmini membincangkan kehidupan Ummahatul Mukminin yang penuh kemuliaan di sisi suami tercinta, Rasulullah SAW. Menampilkan 13 orang tokoh wanita yang kesemuanya mempunyai kelebihan dan keharuman nama masing-masing di kalangan umat Islam, bahkan dikagumi oleh generasi sekarang disebabkan kecantikan jiwa dan raga yang tiada tandingannya. Tiada suami bagi mereka setelah mendirikan rumah tangga dengan pemimpin yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana mereka telah meraih segala kemuliaan di sisi kekasih Allah SWT. Semoga selawat serta salam sentiasa tercurah kepada nabi kita, Nabi Muhammad SAW dan Ummahatul Mukminin.

Sebagai manusia biasa kita mungkin tidak sekuat Siti Khadijah, tidak juga sesuci dan sesempurna Siti Aisyah, namun tidak inginkah kita menjadi kekasih Rasulullah SAW di akhirat nanti? Istimewa untuk kaum wanita, buku ini ditampilkan khas untukmu  dalam usaha mencari kesempurnaan sama ada sebagai seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang cemerlang, dan juga sebagai seorang anak yang gemilang. Semoga kita dapat meneladani dan menjadikan mereka sebagai wanita anutan bagi kehidupan rumah tangga kaum muslimin.

Dengan membaca buku ini, semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna dan boleh dijadikan ikutan sepanjang zaman. Diharapkan pembaca beroleh kebahagian di dunia dan akhirat dengan meneladani akhlak yang mulia. Amin.



Ummahatul Mukminin, Banaatur Rasulullah SAW dan para sahabat wanita yang mulia adalah contoh wanita teladan sepanjang zaman. Anda akan memahaminya setelah menelusuri asal-usul dan kehidupan mereka yang sederhana, namun memiliki cita-cita yang luhur dan patut diteladani oleh wanita muslimah pada zaman moden ini.

Mereka sentiasa menjunjung tinggi syiar Islam, membela agama Allah SWT dengan hati yang tulus, mencintai Rasulullah SAW dengan kecintaan yang mendalam, patuh dan menghormati suami dengan kepatuhan yang patut diteladani dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang baik sehingga sebahagiannya melahirkan pahlawan-pahlawan yang handal dalam membela agama allah SWT dan dijamin masuk syurga.

Buku Isteri, Puteri & Sahabat Wanita Seperjuangan Rasulullah SAW ditampilkan kepada anda dengan bahasa yang sederhana bersama petikan ayat-ayat al-Quran dan kisah-kisah nyata yang tidak membosankan. Semua sifat serta ungkapan yang terdapat dalam buku ini adalah riwayat hidup yang boleh dijadikan panduan bagi kehidupan sekarang.
Buku ini bukan sahaja memberi gambaran tentang kehidupan isteri, puteri dan sahabat wanita Rasulullah SAW, malah member teladan kebaikan yang dilakukan oleh mereka sebagai penyambung lidah dan contoh akhlak nabinya. Semoga dengan pembacaan buku ini membuka hati anda untuk mengikuti jejaknya.


Buku Jangan Bersedih Muslimah Laa Tahzan ditujukan untuk wanita muslimah yang reda kepada Allah SWT sebagai Rabbnya, Islam sebagai agama yang dipeluknya dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul anutannya. Wanita yang menempuh jalan yang haq dan memperjuangkan misi kebenaran. Wanita pendidik yang berjuang dengan kata-kata, mematuhi norma-norma kehidupan dan membersihkan dirinya. Ibu yang mendidik anak-anak untuk bertakwa, membesarkannya sesuai dengan tuntutan sunnah dan menanamkan ke dalam diri mereka kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Wanita yang menghadapi kesusahan dan kesedihan. Berbahagia dan bergembiralah anda dengan datangnya kemudahan tepat pada waktunya, pemeliharaan daripada Allah SWT, pahala yang besar dan terhapusnya segala dosa.

Buku yang sangat menarik ini mengandungi pesanan-pesanan yang baik untuk kaum wanita dan mengemukakan contoh tokoh wanita terkemuka, baik dikalangan muslim mahupun nonmuslim. Tujuannya untuk member pemahaman kepada pembaca agar tidak bersedih dan berputus asa dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Wahai saudariku, bacalah buku ini. Di dalamnya terkandung ayat yang penuh hikmah, hadis yang benar, pendapat yang bernas, kisah yang member inspirasi, bait syair yang menyentuh perasaan, pemikiran yang tepat dan pengalaman yang memberikan kelebihan. Bacalah buku ini untuk membebaskan diri anda daripada kesedihan kegelisahan yang menghantui diri dan mimpi buruk yang menakutkan.


Kini, terdapat pelbagai  kehidupan wanita dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya wanita berkerjaya, selebriti, gemar membeli belah, menuntut persamaan hak dengan kaum lelaki dan sebagainya. Perkara sebegini telah menelusuri pemikiran mereka dan menjadi angan-angan. Kadangkala akidah dan kekurangan ilmu pengetahuan agama membuatkan mereka jauh daripada aktiviti yang bermanfaat, mengabaikan peranan dan fitrah sebagai wanita. Sesetengahnya sanggup meninggalkan kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu. Mereka lupa akan fitrah islami yang menjanjikan mereka syurga dan keampunanNya. Buku Jangan Terpedaya Muslimah Laa Tanqushuha membincangkan pelbagai kisah, contoh dan peristiwa yang dialami oleh wanita, baik para sahabat utama mahupun wanita masa kini yang kurang sempurna. 

Buku ini dihadirkan dihadapan anda bertujuan untuk mengingatkan kaum wanita Islam agar jangan mudah terpedaya dengan semua perkara yang dilihat di depan mata. Terdapat banyak pesanan untuk kaum wanita dalam buku ini untuk mengingatkan peranannya yang begitu besar dan mulia sesuai dengan fitrah dan naluri yang diciptakan oleh Allah SWT. 

Buku ini merupakan karya yang menarik dan bernilai bahkan lebih berharga daripada emas  permata dan perhiasan yang terdapat di dunia ini. Jadi, tunggu apa lagi. Penuhkan rak buku anda dengan buku-buku siri wanita syurga yang boleh menjadi pedoman dan panduan dalam kehidupan seharian anda. Semoga berjaya!! 



“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
Setiap kaum Hawa mendambakan perhiasan perhiasan paling indah. Sayangnya, jalan untuk menjadi “yang terindah” sangat memedihkan mata. Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijak itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya. Bersyukurlah di atas apa yang ada, serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
 
Buku ini membincangkan maksud wanita solehah yang sebenar dan cara-cara untuk menjadi wanita yang sedemikian. Dengan disertai pengurusan rumah tangga, kita akan dapat menilai sejauh mana kualiti kita sebagai seorang muslimah. Turut memuatkan cara-cara untuk menguruskan keperluan keluarga, berinteraksi dengan  anggota keluarga dengan cara yang baik, berdanda dengan betul untuk menjaga hati suami dan banyak lagi. Lebih menarik apabila buku ini menyertakan ruangan soal selidik untuk menilai tahap kejayaan anda dalam menguruskan rumah tangga.
 
Banyak manfaat yang dapat diperoleh oleh kaum wanita dengan membaca buku ini  kerana membincangkan tiga aspek kewanitaan, iaitu keimanan, tingkah laku dan dakwah. Buku yang sederhana ini merupakan satu usaha untuk menghidupkan kembali cara berfikir tentang kehidupan melalui tafakur dan zikir. Hal ini supaya segala aktiviti kita menjadi ibadah di sisi Allah SWT. Dengan ini, kita mampu meraih kenikmatan hidup disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT sentiasa dekat dan memperoleh ganjaran pahala daripadaNya.

10 comments:

  1. Bnknyer jdul bwh siri ni. which 1 pling best? sesuai ngn rmja?

    ReplyDelete
  2. Semua buku dalam siri ni terbaik, dikarang oleh penulis yang berwibawa :)
    Buku2 ni sesuai untuk semua lapisan umur, remaja dan dewasa :)

    Untuk tempahan boleh layari laman web kami :
    http://www.sambooks.com.my/CATEGORY/Agama/SIRI-MUSLIMAH-SYURGA-(9-Judul).aspx

    ReplyDelete
  3. i c. ok got it. thanks.

    ReplyDelete
  4. En Dani Hakim : Buku La Tahzan Muslimah harga RM26.90. untuk tempahan boleh layari www.sambooks.com.my :)

    ReplyDelete
  5. itu harga selepas diskaun 10% :) harga asal buku tu RM29.90. Lepas diskaun jadi RM26.90. :)

    ReplyDelete