Wednesday, June 19, 2013

SIRI RAHSIA SOLAT

Synergy Media
www.synergy.com.my

RM16.90

Orang yang melalakukan solat tetapi lalai (tidak memahami makna atau kualiti dari solatnya), itu saja akan mendapat peringatan keras akan dimasukkan ke dalam neraka. Lantas, bagaimana dengan mereka yang langsung tidak melalakukannya kerana malas? Sungguh, dia ter masuk penghuni Neraka Saqar.
Apakah ancaman Allah SWT bagi mereka yang malas solat? Jawapannya anda akan temukan dalam buku ini. Segala ilmu yang disampaikan dalam buku ini diharapkan agar dapat menjadi bahan renungan (peringatan) bagi anda yang tidak melaksananakan solat kerana malas.
Untuk itu, semoga kehadiran buku ini dapat menjadi panduan bagi anda dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan menjadi inspirasi anda agar lebih giat dan rajin lagi dalam melaksanakan solat.

RM18.90

Solat adalah kunci syurga. Demikianlah diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW. Diriwayatkan juga apabila keluarga baginda ditimpa kesulitan hidup, baginda pun memerintahkan mereka untuk mendirikan solat.
Seperti fungsi kunci-kunci yang lain, solat sebagai kunci kebahagiaan dunia dan akhirat juga memiliki rahsia yang tersendiri agar dapat membuka khazanah Allah SWT, baik untuk kebahagiaaan di dunia mahupun di akhirat. Imam Alghazali di dalam buku ini menyingkap Rahsia-rahsia solat serta menghuraikannya. Beruntunglah orang yang memahaminya lalu mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang lain.

RM18.90

Ketika dalam keadaan sakit, bencana alam atau berada pada waktu darurat, mengapa kita masih diharuskan untuk menunaikan solat? Ya, ini kerana solat adalah ibadah yang wajib dikerjakan. Jika seseorang baik dealam solatnya maka amalannya juga baik. Namun ketika solatnya tidak dijaga dengan betul, maka buruklah amalannya. Sesungguhnya dengan solat kita dapat atasi segala kesulitan, permasalahan, persengketaan dan kesakitan yang dapat digandakan pahala oleh Allah SWT.

RM35.00

Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah solat kita diterima? Atau kita sudah yakini bahawa solat yang kita kerjakan itu sudah betul dan diterima. Buku ini mengajak para pembaca untuk menjelajahi tahap-tahap ibadat solat hingga menemui jawapan dan pemahaman pada setipa soalan yang berkaitan dengan ibadah tersebut. Orang yang faham dalam istilah disebut Faqih iaitu orang faham terhadap agamanya.

RM17.90

Tiga solat yang dibincangkan dalam buku ini adalah Solat Duha, Istikharah, dan Tahajud. Solat Duha adalah ungkapan cinta seorang hamba kepada Penciptanya sekaligus melupakan ikhtiar untuk mencukupkan keperluan dalam hidup. Sementara itu solat Istikharah merupakan usaha untuk membuat pilihan yang tepat dalam hidup kita, misalnya berkenaan dengan jodoh. Manakala solat Tahajud adalah cara seorang hamba memiliki kedudukan yang mulia, baik di mata Allah SWT atau manusia.
Tiga solat yang dihuraikan dalam buku ini adalah sebahagian di antara sekian banyak pintu yang dijadikan oleh Allah SWT agar hamba-Nya dapat masuk dan menjadi manusia yang memiliki kesempurnaan dalam agama.

RM16.90

Solat hajat merupakan perantaraan yang paling berkesan untuk seseorang hamba memohon kepada Allah SWT supaya keinginan hati yang mendesak dapat ditunaikan oleh Allah SWT. Solat Hajat yang paling sempurna didahului dengan wudhu’ yang sempurna dan ikuti dengan solat serta diiringi tasbih, tahlil, tahmid dan dibingkai dengan istighfar dapat mempercepat turunnya kurniaan Allah SWT.
Keberkesanan doa solat hajat dari semasa ke semasa menampakkan kewujudan nyata di lapangan. Bahkan, solat hajat juga telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW pada zaman baginda diikuti oleh generasi berikutnya pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.
Buku ini menerangkan secara terperinci berkenaan solat hajat, bermula dari hakikat solat hajat, pengertian solat hajat, tatacara solat hajat hinggalah kepada kisah-kisah nyata yang dialami oleh mereka yang mengamalkan solat hajat untuk menyelesaikan masalah mendesak. Semoga para pembaca yang budiman mampu meneladani kebajikan dari kisah-kisah tersebut. 

RM18.50

Tidak dapat dinafikan lagi solat Tahajud memiliki banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Ia dapat menyihatkan atau menjauhkan diri dari pelbagai penyakit. Tahajud juga dapat menolong kita mencapai kejayaan yang luar biasa samada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Buku ini mengandungi kisah-kisah inspirasi golongan yang melazimi solat Tahajud sejak zaman Rasulullah SAW hingga kini. Biografi ringkas tentang mereka turut dimuatkan dalam buku ini agar kita dapat menadalami dengan lebih terperinci tentang kisah hidup mereka.

5 comments:

  1. Terima kasih atas sokongan, untuk tempahan boleh layari :
    www.sambooks.com.my

    ReplyDelete
  2. do you have these books in english version?

    ReplyDelete
  3. lm chinese muslim, i'd love to read these kind of books, but my malay not really good, english version would be better for me. pls emel me back if u have it. thank u.
    maria.wong79@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Hi Miss Maria, we're sorry to inform you that we do not have these books in english version. Its only available in Malay. For more variation of books, you can visit our website : www.sambooks.com.my.

    Thank you for your support :)

    ReplyDelete