Sunday, June 23, 2013

Siri Kemahiran Wanita

Synergy Media
www.sambooks.com.my

RM17.00

Labuci dan manik merupakan objek yang boleh digunakan untuk menghias pakaian, beg, lanagsir, sofa dan banyak lagi kegunaannya. Labuci dan manik sering disulam untuk dijadikan perhiasan pakaian wanita. Pakaian wanita akan tampak lebih indah dan menarik dengan sulaman labuci yang kemas.

Menyulam merupakan aktiviti kreatif yang menyeronokka. Selain mengisi masa lapang, menyulam juga dikatakan dapat meningkatkan daya tumpuan. Buku Labuci & Manik untuk Dekorasi mengupas tentang penggunaan labuci dan manik berserta sulaman. Selain benang dan reben, menyulam juga boleh dilakukan dengan menggunakan manik dan labuci. Manik dan labuci ini boleh disulam mennjadi pelbagai bentuk yang menarik. Labuci dan manik bukan hanya digunakan untuk menghias pakaian sahaja tetapi digunakan untuk pelbagai hiasan lain. Antara contoh sulaman labuci dan manik yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti alas meja tetamu, bakul, kad ucapan dan sebagainya.

Pelbagai jenis hiasan menggunakan sulaman manik dan labuci yang dimuatkan di dalam buku ini. Ia pasti akan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan sulaman yang menarik.

RM15.20

Menjahit merupakan aktiviti yang sering dikaitkan dengan wanita. Namun begitu, menjahit juga dilakukan oleh golongan lelaki juga. Menjahit tidaklah sesukar seperti yang anda bayangkan jika anda berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar dan mencubanya. Pelbagai jenis pakaian anda boleh hasilkan jika anda sudah menguasai teknik asas menjahit.

Buku Panduan Menjahit untuk Pemula mengupas dengan lebih lanjut tentang asas-asas jahitan. Di samping itu, buku ini juga menjelaskan tentang kepelbagaian teknik dalam jahitan. Antara teknik asas yang dimuatkan di dalam buku ini ialah asas mengukur badan seseorang, membuat pola dan seterusnya menghasilkan pakaian. Selain itu, terdapat banyak jenis kolar, skirt dan lengan sebagai rujukan. Seni jahitan juga mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Pakain juga mempunyai berbagai-bagai jenis dan anda mungkin akan berjaya menjahit pakaian anda sendiri.

Jika sudah terlatih dan mahir dalam teknik asas jahitan, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghantar pakaian anda ke kedai untuk dijahit sekaligus dapat mengurangkan kos.


RM16.10

Blaus merupakan pakaian wanita yang semakin digilai kini. Fesyen ini menampilkan gaya wanita yang tampak bergaya dan simpel. Ia sesuai dipakai oleh setiap wanita tidak mengira ketinggian atau bentuk badan. Ia tetap kelihatan menarik dan bergaya.
           
Blaus juga sesuai dipakai untuk ke pejabat. Penampilannya biasa tetapi kemas dan menarik. Buku Tatacara Jahitan Blaus yang Menawan mengupas rahsia di sebalik rekaan dan jahitan blaus. Di dalam buku ini menampilkan 12 corak blaus yang cantik dan menawan. Penuh dengan gaya terkini. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan inspirasi bagi sesiapa sahaja yang meminati seni jahitan dan yang baru ingin bermula. Setiap langkah disusun dengan teratur dan diterangkan dengan mudah untuk kemudahan pembaca. Antara kandungan yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti blaus bunga, blaus kotak-kotak, blaus lengan lis dan banyak lagi. ia sudah pasti akan memberi manfaat yang berguna kepada anda.
           
Bagi anda yang meminati seni jahitan dan yang baru ingin belajar menjahit, buku ini sangat sesuai dijadikan panduan dan rujukan.

RM17.00

Kemahiran dalam jahitan merupakan sesuatu yang berguna kepada anda. ini kerana anda akan dapat menjahit baju anda sendiri, baju anak-anak anda dan mungkin boleh dijadikan perniagaan dengan mengambil upah menjahit. Tetapi apa yang menarik adalah anda mampu mereka dan mencipta baju untuk diri dan anak-anak anda sendiri. Menarik bukan?

Buku Tatacara Jahitan Gaun untuk Si Manja sangat berguna kepada anda kerana dilengkapi dengan gambar dan langkah demi langkah teknik menjahit dan petunjuk yang jelas sehingga mudah untuk diikut. Ia juga sesuai untuk mereka yang baharu ingin bermula dalam jahitan. Jadikan buku ini sebagai ‘teman’ dan sumber inspirasi anda dalam mencipta baju-baju koleksi peribadi. Model, warna dan corak kain serta ukuran juga boleh disesuaikan mengikut keinginan anda. tentu ia dapat memberikan kebanggaan tersendiri.

Jadi luangkan masa anda untuk membaca dan memahami isi kandungan buku ini. Ia boleh dijadikan panduan kepada anda yang baharu ingin bermula dan belajar untuk menjahit.





4 comments:

  1. i dah beli beli buku tatacara jahitan gaun si manja, ada smbungan x utk buku tu?

    ReplyDelete
  2. Setakat ini tiada lagi sambungan untuk buku tersebut tetapi puan boleh mendapatkan siri jahitan yang lain yang turut memuatkan tutorial menjahit baju untuk kanak-kanak di laman web kami : www.sambooks.com.my

    Terima kasih atas sokongan :)

    ReplyDelete
  3. Slm. sy berminat nak beli tapi bukan beli online. klu nak beli kat kedai, kt mana bleh dapat buku ni?

    ReplyDelete
  4. salam, sy berminat nak cari buku tatcara gaun si manja ni.. ader lg tak?

    ReplyDelete