Latar Belakang Synergymedia
SYNERGY MEDIA yang telah ditubuhkan sejak tahun 1952 dan kini merupakan salah satu syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Kebanyakan buku-buku kami juga terdapat di kedai-kedai buku seluruh Malaysia seperti kedai buku POPULAR, MPH Books Store dan lain-lain. Matlamat kami di Synergy Media adalah untuk menambahkan lagi bilangan masyarakat yang celik ilmu dan golongan yang suka membaca dan mempunyai minda yang cerdas menjelang tahun 2020, kearah Negara Maju sepenuhnya. Matlamat ini berdasarkan harapan Negara yang mengharapkan masyarakatnya lebih inovatif dan berdinamik. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan ekonomi dan juga persepsi masyarakat luar terhadap masyarakat di Malaysia.
Di Synergy Media kami menyediakan pelbagai genre buku. Antaranya berkaitan dengan perniagaan, motivasi, kesihatan, masakan, agama, kraftangan, kecantikan, pertanian, fesyen, kanak-kanak dan teknikal.
Dengan adanya kepelbagaian genre ini dapat memudahkan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang mereka inginkan.
Buku-buku kami dihasilkan menggunakan kertas dan cetakan yang baik untuk ketahanan yang sangat bermutu. Kami mempunyai permintaan yang baik bagi produk kami kerana semua buku-buku kami telah dikaji dan ditulis oleh golongan yang profesional. Buku kami juga digunakan secara meluas dalam institusi pengajian tinggi dan institusi teknikal untuk dijadikan bahan rujukan pilihan.
No comments:
Post a Comment